(Last Updated 4th July 17)
ENGLISH VERSION

Dear Users,

The Personal Data Protection Act 2010 has been enforced on 15 November 2013 by the Government to regulate the processing of personal data in commercial transactions. Under the Act, we, Healthmetrics Sdn. Bhd. (“HealthMetrics”) are required to serve you as our clients, users, Panel Healthcare Providers a notice pertaining to your rights in respect of your personal data that is being processed or that is to be collected and further processed by us and the purposes for the data processing.

Consequently, please be informed that the personal data and other information (collectively referred to as “Personal Data”) provided in your application as clients, users, Panel Healthcare Providers inclusive any other services which relating thereto to HealthMetrics services is being, and will likely continue to be, used and processed by HealthMetrics for the following purposes:-

  • for the maintenance of customer database and customer service related processes;
  • for billing and payment processing purposes
  • for contact purposes
  • to respond to your enquiries
  • for administrative purposes
  • to meet legal and statutory requirement
  • for analysis and planning purposes including historical and statistical record
  • general operation and maintenance of the services provided by HealthMetrics
  • investigating complaints and suspected suspicious transaction
  • for providing real-time medical certificate and claims to respective parties

This information is necessary to us. If you do not provide all of the information as requested, we will not be able to keep complete information about you, thus affecting our capacity to accomplish the above stated purposes.

 

Disclosure of your information

We may disclose the Personal Data to the following parties for the purposes stated above:

Our agents providing services relating to the purposes for which the Personal Data is collected;

  • In circumstances where delay or default payment has occurred, to our appointed lawyers, debt collection agencies, credit reporting agencies; and
  • Any person who is under a duty of confidentiality who has undertaken to keep such data confidential.

We may also disclose the Personal Data if required to do so by law or in good faith, if such action is necessary to (i) comply with requirements of any law enforcement agency, court order, or legal process; or (ii) protect and defend rights or property of HealthMetrics and its personnel.

 

Access, corrections and complaints

If you would like to make any enquiries or complaints or request access or correction of your Personal Data, you may contact our Agents by calling them at +603-7499 0092 or faxing +603-5636 7706 from 9.00 am to 5.15 pm or you can email us at support@healthmetrics.co. Any request to access or correct the Personal Data may be subject to a fee and also to requirements under the Personal Data Protection Act 2010.

Where you elect to limit our rights to process your Personal Data, you may also contact the above mentioned Agents, in writing.

In the event of any inconsistency or conflict between the English version and the Bahasa Malaysia version of this Personal Data Protection Notice to customer, the English version shall prevail.

 

 

BAHASA MALAYSIA VERSION

Pelanggan yang dihargai,

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan pada 15 November 2013 untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Di bawah peruntukan Akta ini, kami, Healthmetrics Sdn. Bhd. (“HealthMetrics”) dikehendaki untuk mengemukakan notis mengenai hak anda ke atas Data Peribadi anda yang telah diproses, yang akan diterima dan akan diproses di masa hadapan oleh pihak kami dan juga tujuan Data Peribadi tersebut dikumpulkan.

Justeru itu, kami ingin memaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat (selepas ini disebut sebagai “Data Peribadi tersebut”) selainnya yang diberikan di dalam permohonan anda sebagai pelanggan, pengguna, Pengkhidmatan Kesihatan Panel termasuklah perkhidmatan lain yang berkaitan dengan HealthMetrics bagi maksud-maksud berikut:-

  • penyenggaraan pengkalan data pelanggan dan proses-proses yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan
  • tujuan pengebilan dan proses pembayaran
  • bagi menghubungi anda
  • bagi menjawab sebarang pertanyaan
  • tujuan pentadbiran
  • memenuhi keperluan undang-undang dan badan-badan berkanun
  • .bagi tujuan analisa dan perancangan termasuk penyimpanan rekod sejarah dan statistik
  • bagi tujuan operasi dan penyenggaraan perkhidmatan yang disediakan oleh HealthMetrics
  • bagi tujuan siasatan sebarang aduan dan urusniaga yang disyaki.
  • bagi tujuan menghantar bil perubatan & sijil perubatan kepada parti bertanggungjawab.

Kami memerlukan Data Peribadi tersebut, sekiranya anda tidak membekalkan semua maklumat seperti yang diminta, kami tidak akan dapat menyimpan rekod lengkap mengenai anda, dan justeru itu akan menjejaskan keupayaan kami untuk mencapai maksud seperti di atas.

 

Pendedahan Data Peribadi Anda

Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi tersebut kepada pihak-pihak berikut bagi tujuan seperti yang dinyatakan di atas:

  • Ejen-ejen yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan Data Peribadi tersebut dikumpul;
  • Di dalam keadaan di mana kelewatan atau keingkaran pembayaran telah berlaku, Data Peribadi tersebut akan didedahkan kepada peguam yang dilantik oleh HealthMetrics, agensi kutipan hutang, dan agensi rujukan kredit; dan
  • Mana-mana individu di bawah kewajipan kerahsiaan yang telah mengakujanji untuk memastikan data tersebut dirahsiakan.

Kami juga mungkin akan mendedahkan Data Peribadi anda jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang secara niat baik, jika tindakan tersebut adalah perlu bagi (i) mematuhi kehendak mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau (ii) melindungi dan mempertahankan hak atau harta HealthMetrics dan kakitangan kami.

 

Akses,Pembetulan dan Aduan

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan,aduan atau permohonan untuk akses atau pembetulan ke atas Data Peribadi, anda boleh menghubungi Pegawai kami di lbu Pejabat HealthMetrics dengan menelefon kami di talian +603 7499 0092 atau fakskan kepada kami di talian +603-5636 7706 dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.15 petang dan juga boleh diemelkan kepada kami di support@healthmetrics.co. Sebarang permintaan untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda akan tertakluk kepada bayaran dan juga keperluan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Jika anda memilih untuk menghadkan hak kami untuk memproses Data Peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai kami seperti yang dinyatakan di atas, secara bertulis.

Sekiranya terdapat sebarang perbezaan atau konflik di antara versi Bahasa lnggeris dan versi Bahasa Malaysia di dalam Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan ini, versi Bahasa lnggeris harus digunapakai dan diterima.

 

© HealthMetrics Sdn. Bhd.
FOLLOW

Email: support@healthmetrics.co

Tel (Business):+603 7499 0093

Tel (Support):+603 7499 0092

12, Jalan PJS 8/6, Sunway Mentari, 46150 Petaling Jaya, Selangor